Monday, June 9, 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU

Hasil daripada menjadi ahli kelab kecergasan dan kesihatan Kecergasan Utama/Pertama opppsss nama komersil tak boleh diterjemahkan .. Fitness First gym .. maka kenal lah seorang PT yang baik hati orangnya.

Nor Effendi Nordin, begitulah nama. Mendapat pengiktiraf dari FF sebagai PT of the year untuk dua tahun (rasanya … kalau tiga tahun maaf la ye) J

Dengan izin Allah, sampailah jodoh beliau dengan salah seorang ahli kelab kecergasan itu jua .. dan juga adik kepada kelayannya sendiri. (BTW .. kelayan is client.).

Jemputan ke majlis resepsi perkahwinannya diterima … dengan hati yang senang aku telah menjawab jemputan .. dek kerana jemputannya adalah Fitri & Partner .. emm kenalah mencari partner untuk ke majlis (waluapun sebenarnya tak perlu) saja nak feeling2 konon ada partner …


Dek kerana majlis resepsi ini adalah untuk PT maka .. orang2 gym jugalah yang telah aku jadikan partner untuk ke majlis tersebut. Di samping itu.. ada lagi dua orang kawan gym yang akan mengahdiri majlis tersebut. Dengan tidak malunya .. kami telah meminta diletakkan pada meja yang sama ..senang nak omong-omong nantinya.
Kada jemputannya yang simple namun menarik. Lokasi majlis adalah di Dewan Perdana Felda. Siap ada kod pakaian ye… Baju Melayu, Long Suite atau Baju tradisional. Pilihanku adalah Baju Melayu bersampinkan batik lepas …


Di lobi menunggu seorang lagi kawan yang tersalah destinasi .. ke Merak Kayangan ..


Hadiah yang ikhlas untuk mempelai.


Tetamu yang sedang mendaftar diri dan masuk ke dewan.


Kami berempat untuk meja sepuluh orang. Namun lauk yang dihidangkan berjaya dihabiskan.

Majlis yang agak ringkas .. tapi penuih protokol. Bertemakan warna ungu. Hidangannya sedap sekali. Tak tahu lah sama ada nasib baik atau buruk .. namun .. kami berempat diletakkan pada meja yang sepatutnya sepuloh orang .. tapi hanya kami berempat sahaja.

Hidangan yang sedap dari D’saji catering rasanya .. emm anak syarikat Felda kalau tak silap.

Pelamin yang tampak ringkas namum menarik.

Napkin meja dan dua batang lilin berbalut reben kelabu dan berbunga cantik dijadikan cenderahati tanda ingatan.

Sempat posing.

No comments: