Tuesday, March 18, 2008

BERITA HARIAN - 18 MAC 2008

(1) Tertelan gigi palsu kekasih syok bercium

GEMAS: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Melaka akibat tertelan gigi palsu teman wanitanya ketika sedang asyik bercumbuan, Rabu lalu. Dalam kejadian jam 10.45 malam di sebuah ladang kelapa sawit di Gugusan Felda Palong, dekat sini, mangsa bersama beberapa rakan serta teman wanita masing-masing dikatakan menghidu gam sebelum khayal di dalam pondok di ladang berkenaan.

----- I'm wondering .. the girl was searching all over the place for her false tooth .. emmm and wondering will she use back that false tooth!! .. maklum lah .. demi cinta ... tidak mengapa ... anyway the cost to make new tooth could be saved and get more glu to be sniffed!

(2) MB, Exco Kedah setuju potong elaun
Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar

ALOR STAR: Kerajaan negeri Kedah akan memotong pelbagai elaun dan keistimewaan yang tidak munasabah dinikmati oleh Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Pemotongan elaun dan keistimewaan itu adalah satu daripada sembilan perkara yang dijanjikan dalam manifesto Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu. Bagaimanapun, Menteri Besar, Azizan Abdul Razak tidak menyatakan bila langkah itu akan dikuatkuasakan.
"Memang kita akan melaksanakan pemotongan, tetapi bila (berkuatkuasa) belum tahu lagi... perlahan-lahanlah,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

----- Could they implement it first then only make such annoucement?... Perlahan-lahanlah .. wooo wooo wooo ... bila tuu? terlampau perlahan sampai dah nak dekat pilihanraya lagi sekali kot .. ceq tak tau laaa.. biaq depa putus kan noooo..

(3) Mohamad lantik panel bebas buat ‘post mortem’

KUALA PILAH: Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan akan melantik badan bebas untuk melakukan 'post mortem' prestasi merudum pilihan raya umum lalu hingga sekadar mampu membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah. Pengerusi BN negeri yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata badan bebas itu akan membabitkan beberapa organisasi dan pusat pengajian tinggi bagi menjalankan kaji selidik terutama rakyat di akar umbi.

----- Wait wait .. panel bebas??? emmm akan melibatkan kos? Mana datangnya duit itu? Kantung kerajaan negeri? Will it be appropriate if that the case? State money for political party purposes? AND AND AND ... where will it go??? wondering....

(4) MB nilai prestasi Exco selepas dua tahun

KUALA PILAH: Sembilan muka baru Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan yang dilantik semalam, berikrar akan membantu Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk terus membela rakyat dan membangunkan negeri mencapai status negeri maju menjelang 2020. Walaupun tujuh daripadanya pertama kali menjadi wakil rakyat dan dilantik Exco, mereka yakin faktor itu bukan halangan untuk membalas kepercayaan dengan melaksanakan tugas yang diamanahkan. Mereka juga tidak bimbang, sebaliknya menyokong keputusan Mohamad yang mengumumkan pelantikan hanya bagi tempoh dua tahun sehingga Mac 2010 sebelum prestasi dinilai untuk pelantikan bagi tempoh seterusnya.

------ Mentang2 muka baru ... nahhh ... akan dinilai semula ... bukankah bagus kalau semua.. baik baru mahupun lama .. prestasi sentiasa dinilai.. or shall we give longer time to the orang lama ... emmm so that they could build another "mahligai" in Nogori after one built in Klang? huhhh

(5i) Dewan sokong keputusan Sultan Azlan

IPOH: Dewan Negara Perak yang bersidang di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar semalam, meluluskan usul menyokong sepenuhnya keputusan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dalam menangani urusan pembentukan kerajaan negeri Perak. dinilai, emm or may be give the orang lama longer time to build another "mahligai" in Nogori after one in Klang huhh ..
+
(5ii) ‘Tak wajar salahkan Pak Lah’

Oleh Ridzuan Yop dan Irwan Shafrizan Ismail
KUALA LUMPUR: Dua ketua Pemuda Umno negeri semalam menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Razak serta menganggap tindakan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir menulis surat mendesak Perdana Menteri meletak jawatan sebagai tidak wajar dan lebih bersifat peribadi.

----- wow .. kipas jangan tak kipas .. emmm guna air cond better eh .. aiming for cabinet post after next general elction kot ..

No comments: