Sunday, March 16, 2008

SELINGKAR KATA ... BUAT BICARA

Di Luar Lingkaran: Kuasa politik Melayu mulai terhakis (Berita Minggu, 16 Mac 2008)
Bersama Johan Jaaffarzulujj@tm..net.my
Jangan sampai menang sorak, kampung pula tergadaiMANGSA pertama Pilihan Raya Umum 2008 ialah kuasa politik Melayu. Tanda penghakisannya amat jelas. Orang Melayu selama ini punya kuasa politik saja, itupun nampaknya akan terjejas. Orang Melayu yang juga kaum majoriti di negara ini harus berdepan dengan kenyataan baru politik negara - kaum bukan Melayu akan memainkan peranan lebih besar dalam menentukan nasib mereka masa kini dan masa depan.

------xxxx-----xxxxx-------xxxxx-----xxxxx........

Kemenangan banyak calon bukan Melayu daripada parti pembangkang juga memberikan wajah baru pada politik negara ini. Mereka tidak mungkin menang dengan undi bukan Melayu saja. Seperti juga sebahagian calon Melayu tidak boleh menang tanpa undi bukan Melayu pada 1999, kali ini gelombang penolakan terhadap BN tidak mungkin berlaku tanpa bantuan orang Melayu. Memang tidak dapat dinafikan, di kawasan Melayu, penolakan terhadap BN memberi kemenangan pada calon Pas dan PKR.

------xxxx-----xxxxx-------xxxxx-----xxxxx.........

Soalnya beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin DAP baik di Pulau Pinang, Perak dan Wilayah Persekutuan menandakan sama ada pemimpin mereka tidak sensitif atau menunjukkan keangkuhan tidak bertempat. Isu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diungkit sebenarnya menimbulkan banyak kegelisahan terutama di kalangan orang Melayu. Soal yang membabitkan kontrak sosial (1) dan hak istimewa orang Melayu tidak seharusnya dibangkitkan, apa lagi hanya beberapa hari selepas kemenangan mereka.

------xxxx-----xxxxx-------xxxxx-----xxxxx.........

Isu pembahagian kek ekonomi dapat kita selesaikan (2). Akibatnya rakyat tidak bersengketa antara kaum apabila kegawatan ekonomi melanda Asia pada 1998. Kita membetulkannya selepas Peristiwa 13 Mei 1969. Bagaimanapun, sehingga hari ini pun dispariti pendapatan antara orang Melayu dan bukan Melayu masih ketara, demikian juga antara penduduk bandar dan luar bandar. Itu belum lagi jurang digital, pendedahan teknologi dan penguasaan ilmu dan maklumat.

Malaysia bukan negara sekangkang kera, kita dibezakan oleh kedudukan ilmu alam yang luar biasa serta pendedahan pada kemajuan yang berbeza juga. Memang sesiapa saja mudah bercakap untuk menghapuskan dasar seperti DEB atau menyanjung meritokrasi. Banyak daripada penentang DEB dan penganut fahaman meritokrasi melulu ini tinggal di bandar yang terungkai daripada kenyataan di luar bandar dan kemiskinan yang masih ketara. Memang ada penyangak di kalangan pemimpin Melayu yang tamak, haloba dan korup yang menggagalkan rancangan memajukan bangsa mereka. (3)

Bagaimanapun, usahlah dibakar kelambu kerana marahkan nyamuk. Lebih penting lagi, ingatlah mengenai perlunya perpaduan Melayu. Orang Melayu masih belum menguasai ekonomi. Jika kuasa politik pun hilang, kita akan menjadi bangsa majoriti yang merintih dan terpinggir. Memang semua orang patut belajar daripada peristiwa 2008 - terutama pemimpin Umno dan BN (4) - tetapi kita juga harus ingat bahawa orang Melayu yang berpecah belah akan menguntungkan orang lain. Buat masa ini, yang mula kedengaran ialah suara lantang. Selepas ini, mungkin dasar yang merugikan Melayu akan menjadi kenyataan. Suara kita akan hilang.

Jangan sampai nasi menjadi bubur. Pada masa itu jadilah kita bangsa yang menang sorak tetapi membiarkan kampung tergadai.

(1) - Kontrak sosial - adakah ... LKS masih mengingati intipati kontrak sosial yang dometerai oleh pemimpin-pemimpin 3 kelompok utama Tanah Melayu sejurus sebelum mencapai kemerdekaan? Atau buat-buta lupa? Atau memilih sesetengah perkara untuk dibangkitkan bagi kepentingan peribadi atau kelompok bangsa tertentu?

Perlu dihalusi kontrak sosial yang dipersetujui adalah ... Rumpun Cina dan India diberi HAK KERAKYATAN selagi mana mereka taat dan setia kepada Tanah Melayu merdeka dan Hak ini dicagarkan dengan persetujuan kepada Kesultanan Melayu, Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputra (selepas kemasukan Sabah dan Sarawak), Agama Islam, dan Bahasa Melayu.

Bukankah dengan menidakkan Hak Keistimewaan Orang Melayu membawa kepada terbatalnya kontrak sosial. Jika mana kontrak ini terbatal .. maka . Hak kerakyatan Rumpun Cina dan India juga turut terbatal???? Jika hal ini berlaku ... Bukankah tiada seroang pun daripada DAP yang layak untuk bertanding di dalam pilihanraya??? Tiada langsung kemungkinan untuk memangku jawatan Ketua Menteri... apatah lagi Menteri Besar di negeri yang ber Sultan.

Bak kata penulis (JOhan Jaafar) .. jangan salah faham... diri ini berbangga dengan kepelbagaian kaum di Malaysia ... tetapi .. sebagai seorang insan... bilamana hak2 dicabar ... maka mereka akan cuba untuk mempertahankannya sebaik mungkin.

(2) & (3) Pembahagian Kek Ekonomi dan Penyagak Bangsa Melayu - bukankah (3) menidakkan (2) berlaku ... mungkin sekeping kecil kek ekonomi di bahagi-bahagikan di antara berjuta rakyat kelas menengah dah bawah ...... manakala sebahagian besar baki (lebihan kaum lain) di rebut golongan atasan dan yang berada di kerusi politik itu sendiri? Apakah cara terbaik untuk menunjukkan ketidak puashatian dengan pembahagian yang jelas dan nyata tidak seimbangan ini... ?? Rakyat bukan bodoh dan buta untuk membakar kelambu .. tetapi NYAMUK-NYAMUK diluar sana amat rakus menggigit .. meugkin denagn sedikit terbakar kelambu .. mampu untuk menghanguskan sebelelah sayap nyamuk2 itu ... lalu melemahkan sedikit upaya rakusnya.

(4) Sedarlah ... adakah kemungkinan kesedaran ini akan berlaku??? amat meragukan ... atau pemimpin UMNO perlu ditidakkan terus untuk menduduki kerusi empuk mereka ?? OOOOO amat bahaya ... untuk mmebenarkan pembangkan mencuba kerusi empuk itu ... sudah dibuktikan dengan percakaran di Perak dan keangkuhan di PP.

No comments: