Wednesday, August 8, 2007

Weekend Trip 2nd Episode

Sayugia maka akan dia diumumkan hal-hal perkara sambungan warkah yang terdahulu kala. Adapun apabila berlalunya petang itu... sekembalinya mereka bertiga daripada tempat jajahan yang diberi nama akan dia ... Sg lembing itu... berterusla akan dia-dia bertiga itu ke suatu tempat yang nama akan dia Teluk Cempedak ... bersama-sama bertiga-tiga akan mereka berkehendakkan menengok akan dia sang matahari terjatuh benam ... akan tetapi .. lupa akan dia-dia bertiga itu .. Teluk Cempedak letaknya di Pantai timur tanah semenanjung ... akan tidak dapatlah dia-dia padukal malang itu melihat menatap menengok akan sang mentari jatuh benam...












Setelah sedar akan mereka mentari jatuh barang mustahil untul ditunggu ... maka bermain-mainlah mereka itu dengan pasir-pasir sekitar jua ... ada pun sampai terbaring di tepi akan pantai itu dek kepingin melihat akan dia mentari menutup hari.

















Maka dengan hati yang lara akan kerana tidak pula mampunya untuk melihat hari menutup tirai ... dia-dia bertiga itu pun berangakan pulang untuk beraddu seketika.

Seketika beradu di kamar maka mereka itu pula dipanggil-panggil akan teman.. maka mereka itu pun kala itu jua bergeraknya ... turun ketemeu mereka dengan sahabat mereka itu ...bergerak lalu ke tempat kudapan malam.Adapun jua tempat yang dituju itu nama akna tempatnya itu sudah pula dilupai ... ampun di atas batu jemala dek kealpaan ini.































Di dalam kekelaman malam itu ... terselit wajah-wajah jelata akan dia yang menetap di Kuantan itu... Zam, Daus, Marina dan seorang lagi yang sudah tenggelam disebalik kegelapan.

Sesudah itu maka sepakat kata dicapai .. berangkat jua la mereka sekalian ahli kudapan ke sebuah tempat akan namanya diberi dan digelar Kemaman Kopitiam. Situ jua lah mereka itu menutur kata mentelaah kisah sampai dia lepasi tengah malam hari itu.

Adapun pula akan kisah Kemaman Kopitiam itu inilah ia ... dikatana ia didatangi ramai .. orang ternama terkenal ... apa pun ia tidak ada daya kuasa untuk memikir kopitiam itu dengan kelapa muda ...ada pun jua ..sajian terhidang boleh diterima dek tekak yang kehausan kopi.






























Berlalu sudah malam itu diluar .. maka ketiga-tiga akan dia ini melabuhkan malam di kamar beradu ...

Sesudah bangun mereka itu pagi hari ... kehendak sekali lagi terkubur tidak tergapai ... dek hujan membasahahi bumi .. maka mereka jua itu tidak daya membasahkan tubuh dikolam mandi ... menuju mereka ke balai kudapan ada pun balai itu penuhya pengikut penyokong gerak kaum akan namanya UMNO. Berkampung akan mereka tentu pilih wakil bagi maksud tujuan tuju hala Kuala lumpur sedikit bulan lagi.






Penentu pilih calon. Banyaklah akan dia-dia itu nyala akan dia gulungan kertas berisi tembakau ... mencemari akan udara dibalai kudapan.






Adapun mereka bertiga itu sayugia meninggalkan tempat singgah itu terus langsungnya menuju tepian pantai... merarau sambilnya tiup bayu menyembah muka. Tiada akan dia naskah muka dan suasana .. maka tiadalan akan dia letakkannya sini.

Adapula yang menulis ini tutup mata seketika .. tengah jalannya jaga sampai sudah Karak jalan besarnya...menikmati dondang senandung langsung ... tibanya akan dia tempat asal bertolak mereka dulu kira-kira sang mentari mau melabuh tirai hari. Suka gembira akan dia ada akan dia taulan untuk dia isinya masa senggang.

Harap juga akan dia kala depan lagi ada akan dia seumpana ini.
Sekian saja hikayat.

No comments: